Assalamualaikum, Selamat Datang ke blog Cikgu Mimi. Blog ini merupakan salah satu dari Tugasan saya untuk subjek KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah yang sedang saya ikuti di UPSI. saya bersyukur kerana melalui tugasan ini secara tidak langsung saya berpeluang untuk belajar membina blog sendiri dan berkongsi ilmu dengan semua pembaca di blog ini.Blog ini saya khususkan untuk subjek yang saya ajar di sekolah iaitu Sains Tahun 4. Mudah-mudahan blog ini memberi kemudahan bukan sahaja untuk diri saya sendiri malah akan membantu pengajaran dan pembelajaran guru-guru yang lain,murid-murid dan ibu bapa tentang tajuk-tajuk yang terkandung dalam Sains Tahun 4.Terima kasih kepada Pensyarah, Pn. Asmara bt. Alias yang sudi memberi tunjuk ajar.Jasamu dikenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...