Memilih bahan yang sesuai


Ø Penebat haba digunakan untuk mengekalkan bahan supaya tetap panas atau sejuk.

Ø Penebat haba digunakan untuk memerangkap udara dan udara ini akan mempertahankan pengaliran haba.

Ø Pengetahuan tentang sifat-sifat bahan membantu kita memilih
bahan yang sesuai untuk membuat objek.

Ø Contoh bahan penebat haba:


Bekas polistirena mengekalkan makanan supaya tetap panas.

Kotak polistirena mengekalkan ikan supaya tetap segar dan sejuk.

Termos digunakan untuk mengekalkankehangatan minuman panas atau kesejukan minuman sejuk untuk tempoh masa yang lama.

Konduktor atau Penebat


Konduktor 
                                                                                               
1) Bahan yang mengalirkan elektrik atau haba.

2) Semua logam ialah konduktor elektrik dan haba.

3) Karbon ialah bahan bukan logam yang merupakan  

    konduktor elektrik.

4) Contoh konduktor:

                                    pembaris keluli
                                           karbon

Penebat
1) Bahan yang tidak mengalirkan elektrik atau haba.

2) Bahan bukan logam ialah penebat bagi elektrik dan haba kecuali karbon.

3) Contoh penebat:

                                     pembaris kayu
                                       sikat plastik

Pengelasan Bahan


Objek diperbuat daripada bahan yang berbeza seperti:

1) Kayu

2) Getah


3) Plastik


4) Logam

5) Kaca


6) Kulit
7) Tanah liat


8) Kain

Sifat-sifat bahan


  • Bahan yang berlainan mempunyai sifat-sifat yang berlainan.



Terapung di permukaan air
Contoh bahan

Bahan yang terapung di atas air tidak akan tenggelam jika diletakkan di dalam air.



Kayu
Plastik
Menyerap air
Contoh bahan

Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air.



Kayu
Kain
Mengalirkan elektrik
Contoh bahan

Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya.



Logam:
Besi
Kuprum
Tembaga
Merkuri
Emas

Bukan logam:
Karbon

Mengalirkan haba
Contoh bahan

Bahan yang membenarkan haba melaluinya.




Logam:
Zink
Aluminium
Perak

Boleh direngangkan
Contoh bahan

Bahan yang menjadi lebih panjang apabila ditarik dan boleh kembali ke bentuk dan saiz asal apabila dilepaskan.




Getah
Spring
Sesetengah jenis kain
Membenarkan cahaya menembusinya
Contoh bahan


Bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.




Kaca
Sesetengah jenis plastik dan
kain


Asteroid Dan Meteor


1. Asteroid adalah jutaan batu logam yang kecil  
    berbanding  dengan planet.

2. Asteroid juga beredar mengelilingi Matahari melalui  
    satu jalur.

3. Jalur ini terletak di antara Marikh dengan Musytari.

4. Meteoroid adalah ketulan batu yang terapung di 
    angkasa  lepas. Apabila meteoroid masuk ke atmosfera  
    Bumi, meteoroid akan bergeser dengan udara lalu 
    terbakar menghasilkan coretan cahaya yang dipanggil  
    meteor.

5. Meteor yang berjaya sampai ke Bumi dipanggil  
    meteorit.

6. Apabila meteorit 
besar menghentam permukaan Bumi,  
    kawah akan terhasil.




Sistem Suria


Sistem Suria terdiri daripada :
a) Matahari;
b) Sembilan buah planet dan bulannya;
c) Objek lain seperti komet, asteroid, dan meteor.

  • Matahari adalah sebuah bintang dan merupakan pusat bagi Sistem Suria.
  • Semua planet berputar dan beredar mengelilingi Matahari melalui orbit.
  • Sembilan buah planet yang terdapat dalam Sistem Suria ialah Utarid, 
  • Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto.
  • Bumi adalah satu-satunya planet yang mempunyai udara dan air bagi membolehkan hidupan seperti manusia, haiwan, dan tumbuhan hidup di atasnya.
  • Musytari adalah planet yang terbesar manakala Pluto adalah planet terkecil.
  • Utarid adalah planet yang paling hampir dengan Matahari sementara 
  • Zuhal adalah planet yang cantik kerana terdapat tiga gelang yang berwarna-warni di sekelilingnya.

Bahan buatan


1. Bahan – bahan buatan manusia atau dikenali sebagai bahan semula jadi yang telah diproses, 
    adalah bahan – bahan yang diperbuat oleh manusia. Sebahagian besarnya datang 
    daripadapetroleum. Petroleum ialah bahan semula jadi.
2. Plastik, kain sintetik (seperti nilon, rayon, poliester, acrilik) dan kaca adalah bahan buatan 

   manusia.

Bahan Semulajadi


1. Semua bahan di sekeliling kita boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu bahan – bahan semula jadi dan bahan – bahan buatan manusia.

2. Bahan semulajadi adalah bahan – bahan yang datangnya daripada tumbuhan, haiwan dan alam sekitar.


3. Bahan – bahan semulajadi sekeliling kita termasuk kayu, kapas, getah – tumbuhan; kulit, bulu/bulu pelepah, sutera – haiwan; dan tanah liat/tanah, logam, petroleum – alam sekitar.


4. Gambar rajah di bawah menunjukkan contoh – contoh bahan yang diperbuat daripada bahan semulajadi :


Dr. Sheikh Muszaphar Shukor showing fluid in outer space



Video bumi berputar dari angkasa lepas





Tumbuhan Membiak


Tumbuhan membiak untuk memastikan kemandirian spesiesnya (untuk teruskan hidup dan tidak kehilangan spesiesnya/jenisnya)
Cara Tumbuhan membiak :


(1) BIJI BENIH

Berikut merupakan beberapa contoh Pokok



Biji benih dalam paket untuk dijual Biji benih pokok cili yang telah tumbuh dengan hasi
- TUMBUHAN BERBUNGA MEMBIAK MELALUI BIJI BENIH

Bunga biasanya menjadi buah yang mengandungi biji benih. Apabila ditanam, biji benih akan bercambah
menjadi anak pokok.
(2) SPORA

Tumbuhan tidak berbunga membiak melalui spora.
Contoh tumbuhan tidak berbunga
Paku pakis

Lumut




Alga



Kulat juga membiak melalui spora.

Contoh kulat ialah

Cendawan







Spora di sebarkan melalui angin.
Spora akan bercambah apabila jatuh ke atas TANAH yang berkeadaan SESUAI
Tanah yang sesuai seperti mempunyai HUMUS dan AIR yang mencukupi dan SUHU yang sesuai.
Lihat gambar di bawah
(Kapsul spora di permukaan bawah daun)



(3) DAUN
Contoh tumbuhan yang membiak melalui daun ialah
POKOK BEGONIA


POKOK SETAWAR



(Apabila daun jatuh ke tanah, tunas yang berada di bahagian daun akan tumbuh menjadi anak pokok)
(4) KERATAN BATANG
Sebahagian daripada batang tumbuhan dipotong daripada induknya dan ditanam di dalam tanah.
Contoh tumbuhan yang membiak melalui keratan batang ialah
BUNGA RAYA

POKOK TEBU


POKOK UBI KAYU 

(Keratan batang adalah satu contoh pembiakan buatan)


(5) BATANG BAWAH TANAH
- Bawang bawah tanah mempunyai tunas
- Tunas akan tumbuh menjadi anak pokok
- Batang bawah tanah mengandungi makanan simpanan
- Makanan itu untuk tunas yang hendak tumbuh
Contoh tumbuhan yang membiak melalui batang bawah tanah ialah
POKOK BAWANG

POKOK HALIA

POKOK KUNYIT

(6) SULUR
- Sulur ialah PUCUK yang tumbuh dari batang bawah tanah
- Anak pokok tumbuh di sekeliling pokok induk
Contoh pokok yang membiak melalui SULUR ialah
POKOK BULUH

POKOK KELADI

POKOK NANAS

POKOK PISANG 




Rujukan:

http://fembrisma.wordpress.com/science/sistem-reproduksi/sistem-reproduksi-tumbuhan/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...