KEMAHIRAN SAINTIFIK
Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan
penyelesaian masalah. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains
dan kemahiran manipulatif di samping mendapatkan ilmu.
Kemahiran Proses Sains
Memerhati
Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena.
Mengukur dan Menggunakan Nombor
Dengan menggunakan alat dan radas.
Membuat Inferens
Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan bukti.
Berkomunikasi
Mengemukakan idea melalui tulisan, graf, jadual dan rajah.
Mengelas
Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya.
Meramal dan Membuat Hipotesis
Membuat jangkaan dan penerangan tentang sesuatu peristiwa.
Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
Memperlihatkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan mengikut masa.
Mentafsir Maklumat
Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada maklumat
yang dikumpul.
Mendefinisi Secara Operasi
Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan
Mendefinisi Secara Operasi
Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan
dan diperhatikan.
Mengawal Pembolehubah
Dalam sesuatu penyiasatan, satu pembolehubah dimanipulasi untuk memerhati hubungannya
Mengawal Pembolehubah
Dalam sesuatu penyiasatan, satu pembolehubah dimanipulasi untuk memerhati hubungannya
dengan pembolehubah yang lain. Pada masa yang sama, pembolehubah yang lain dimalarkan.
Membuat Hipotesis
Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau
Membuat Hipotesis
Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau
peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.
Mengeksperimen
Menguji sesuati hipotesis yang melibatkan kemahiran - kemahiran proses di atas.
Kemahiran Manipulatif
Merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang
Mengeksperimen
Menguji sesuati hipotesis yang melibatkan kemahiran - kemahiran proses di atas.
Kemahiran Manipulatif
Merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang
membolehkan murid:menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul;
menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat;
membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul;
mengendalikan spesimen hidup dengan betul dan cermat;
melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.

1 comment:
"Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif di samping mendapatkan ilmu."
Satu perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih diucapkan, cikgu. Satu perkara yang boleh kita fikirkan bersama untuk perkembangan ilmu ialah, bagaimana kaedah inkuiri yang disebutkan di atas dapat diterapkan dalam KPS kebangsaan (setakat ini hanya 12 yang diiktiraf oleh BPK) kerana proses inkuirinya iaitu kemahiran menyoal tidak disebut / disenarai secara khusus.
Sebagai perkongsian, kami di Petrosains ada menyediakan bengkel asas inkuiri penemuan secara praktikal untuk amalan berkenaan "Membandingkan Pendekatan untuk Sains Amali", "Proses Sains", "Membangkitkan Soalan", "Penumpuan Penuh Inkuiri", dan "Anjakan Secara Beransur-ansur untuk Mengaitkan Teori Inkuiri Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bilik Darjah".
Jika berminat, boleh hubungi saya di alamat emel imranarif@petronas.com.my
Terima kasih.
Post a Comment