Memilih bahan yang sesuai


Ø Penebat haba digunakan untuk mengekalkan bahan supaya tetap panas atau sejuk.

Ø Penebat haba digunakan untuk memerangkap udara dan udara ini akan mempertahankan pengaliran haba.

Ø Pengetahuan tentang sifat-sifat bahan membantu kita memilih
bahan yang sesuai untuk membuat objek.

Ø Contoh bahan penebat haba:


Bekas polistirena mengekalkan makanan supaya tetap panas.

Kotak polistirena mengekalkan ikan supaya tetap segar dan sejuk.

Termos digunakan untuk mengekalkankehangatan minuman panas atau kesejukan minuman sejuk untuk tempoh masa yang lama.

Konduktor atau Penebat


Konduktor 
                                                                                               
1) Bahan yang mengalirkan elektrik atau haba.

2) Semua logam ialah konduktor elektrik dan haba.

3) Karbon ialah bahan bukan logam yang merupakan  

    konduktor elektrik.

4) Contoh konduktor:

                                    pembaris keluli
                                           karbon

Penebat
1) Bahan yang tidak mengalirkan elektrik atau haba.

2) Bahan bukan logam ialah penebat bagi elektrik dan haba kecuali karbon.

3) Contoh penebat:

                                     pembaris kayu
                                       sikat plastik

Pengelasan Bahan


Objek diperbuat daripada bahan yang berbeza seperti:

1) Kayu

2) Getah


3) Plastik


4) Logam

5) Kaca


6) Kulit
7) Tanah liat


8) Kain

Sifat-sifat bahan


  • Bahan yang berlainan mempunyai sifat-sifat yang berlainan.



Terapung di permukaan air
Contoh bahan

Bahan yang terapung di atas air tidak akan tenggelam jika diletakkan di dalam air.



Kayu
Plastik
Menyerap air
Contoh bahan

Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air.



Kayu
Kain
Mengalirkan elektrik
Contoh bahan

Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya.



Logam:
Besi
Kuprum
Tembaga
Merkuri
Emas

Bukan logam:
Karbon

Mengalirkan haba
Contoh bahan

Bahan yang membenarkan haba melaluinya.




Logam:
Zink
Aluminium
Perak

Boleh direngangkan
Contoh bahan

Bahan yang menjadi lebih panjang apabila ditarik dan boleh kembali ke bentuk dan saiz asal apabila dilepaskan.




Getah
Spring
Sesetengah jenis kain
Membenarkan cahaya menembusinya
Contoh bahan


Bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.




Kaca
Sesetengah jenis plastik dan
kain


Asteroid Dan Meteor


1. Asteroid adalah jutaan batu logam yang kecil  
    berbanding  dengan planet.

2. Asteroid juga beredar mengelilingi Matahari melalui  
    satu jalur.

3. Jalur ini terletak di antara Marikh dengan Musytari.

4. Meteoroid adalah ketulan batu yang terapung di 
    angkasa  lepas. Apabila meteoroid masuk ke atmosfera  
    Bumi, meteoroid akan bergeser dengan udara lalu 
    terbakar menghasilkan coretan cahaya yang dipanggil  
    meteor.

5. Meteor yang berjaya sampai ke Bumi dipanggil  
    meteorit.

6. Apabila meteorit 
besar menghentam permukaan Bumi,  
    kawah akan terhasil.




Sistem Suria


Sistem Suria terdiri daripada :
a) Matahari;
b) Sembilan buah planet dan bulannya;
c) Objek lain seperti komet, asteroid, dan meteor.

  • Matahari adalah sebuah bintang dan merupakan pusat bagi Sistem Suria.
  • Semua planet berputar dan beredar mengelilingi Matahari melalui orbit.
  • Sembilan buah planet yang terdapat dalam Sistem Suria ialah Utarid, 
  • Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto.
  • Bumi adalah satu-satunya planet yang mempunyai udara dan air bagi membolehkan hidupan seperti manusia, haiwan, dan tumbuhan hidup di atasnya.
  • Musytari adalah planet yang terbesar manakala Pluto adalah planet terkecil.
  • Utarid adalah planet yang paling hampir dengan Matahari sementara 
  • Zuhal adalah planet yang cantik kerana terdapat tiga gelang yang berwarna-warni di sekelilingnya.

Bahan buatan


1. Bahan – bahan buatan manusia atau dikenali sebagai bahan semula jadi yang telah diproses, 
    adalah bahan – bahan yang diperbuat oleh manusia. Sebahagian besarnya datang 
    daripadapetroleum. Petroleum ialah bahan semula jadi.
2. Plastik, kain sintetik (seperti nilon, rayon, poliester, acrilik) dan kaca adalah bahan buatan 

   manusia.

Bahan Semulajadi


1. Semua bahan di sekeliling kita boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu bahan – bahan semula jadi dan bahan – bahan buatan manusia.

2. Bahan semulajadi adalah bahan – bahan yang datangnya daripada tumbuhan, haiwan dan alam sekitar.


3. Bahan – bahan semulajadi sekeliling kita termasuk kayu, kapas, getah – tumbuhan; kulit, bulu/bulu pelepah, sutera – haiwan; dan tanah liat/tanah, logam, petroleum – alam sekitar.


4. Gambar rajah di bawah menunjukkan contoh – contoh bahan yang diperbuat daripada bahan semulajadi :


Dr. Sheikh Muszaphar Shukor showing fluid in outer space



Video bumi berputar dari angkasa lepas





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...